Mahdzir nafi terima elaun tinggi sebagai Pengerusi TNB

Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan dakwaan beliau menerima elaun tinggi seperti yang tular di media sosial.

Mahdzir yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menyifatkan dakwaan pihak terbabit sebagai ‘nakal’ susulan jumlah elaun sebenar diterima jauh lebih rendah.

“Elaun sebenar yang diterima jauh lebih rendah.

“Cukup saya katakan terlalu rendah daripada apa yang ditularkan,” katanya melalui satu hantaran di Facebook rasminya semalam.

Beberapa hari lalu, tular satu dakwaan mengatakan isu caj bil elektrik mengelirukan dan terlalu tinggi dikenakan TNB kepada pengguna sejak tiga bulan lalu disebabkan syarikat perlu membayar elaun tinggi kepada Mahdzir yang dikatakan mencecah hampir RM1 juta sebulan.

Baca : Mekanisme Caj TNB Diteliti… Keluh Kesah, Rungutan Rakyat Didengar

Mahdzir berkata, operasi bacaan meter TNB terpaksa dihentikan buat sementara waktu apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac.

Justeru kataya, bacaan meter secara anggaran terpaksa dilakukan dan dihantar kepada pelanggan untuk tempoh dua bulan (Mac dan April) melalui aplikasi myTNB.

“Sejajar perkembangan semasa, operasi bacaan sebenar meter TNB dimulakan kembali sejak 15 Mei lalu.

Bil terkini yang diterima oleh pelanggan ialah penggunaan sebenar sejak PKP bermula,” katanya.

Mahdzir berkata, selaku Pengerusi TNB, pihaknya mengambil maklum rungutan masyarakat

Oleh itu, beliau menegaskan TNB bersama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Suruhanjaya Tenaga sedang meneliti beberapa mekanisme untuk menangani masalah itu.

Sinar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker