Semua taska boleh beroperasi, tadika pula mulai Julai

Share

Kerajaan hari ini bersetuju supaya baki lebih 6,600 taman asuhan kanak-kanak (taska) dibenar memulakan operasi, dengan syarat mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP)yang baru.

Menteri Kanan (Keselamatan), Imail Sabri Yaakob, berkata sebelum ini hanya 304 taska yang dibenar beroperasi dan ini menyukarkan ibu bapa untuk kembali bekerja.

Katanya, SOP baru untuk taska itu akan dimuat naik di laman web Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Kita sudah setuju dengan SOP yang lengkap, kemas dan mereka juga sudah bincang dengan kementerian kesihatan.

“Ini termasuk SOP lengkap sewaktu hantar bayi ke taska, sewaktu penjagaan, sewaktu ambil anak pulang,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sehingga berita ini ditulis, garis panduan baru itu belum diterbitkan.

Sementara itu, bagi operasi di taman didikan kanak-kanak (tadika), Ismail Sabri berkata, kementerian pendidikan akan menyediakan SOP khusus bagi diselaraskan dengan semua operasi tadika yang dikendalikan semua kementerian.

“Kita tunggu mereka bentang SOP lengkap dulu. Kalau nak buka Julai ini, kita akan benarkan, tapi kita mahu lihat dengan teliti SOP tersebut,” katanya.

Mkini

(Visited 1,923 times, 1 visits today)

One thought on “Semua taska boleh beroperasi, tadika pula mulai Julai

  • June 3, 2020 at 13:51
    Permalink

    Assalamualaikum kepada menteri, disini Saya ingin tanya sekit sekiranya tadikah di buka semula,macam Mana pula van atau pun bas sekolah yang anak2 kami Naik …Adakah mereka ikut SOP PKPB tempat duduk budak2 ini sebab apa parah ibubapa tidak tahu bahawa van Dan bas sekolah ini sudah di Lulu’s oleh pihak2 PDRM atau pun JPJ, pendpt saya lebih elok dptkan Surat atau tisker ke lulusan Covid 19 daripada JPJ atau pun PDRM ini cadanggan Saya, sebab apa anak2 masih kecil mereka tidak akan tahu pun bahaya ….kami Dan isteri takut juga covid 19 ini…

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!