Guan Eng dan Tommy terjerat kali ini – Najib

Saya tengok Guan Eng telah jeratkan diri sendiri dan Tommy kali ini.

Semalam, Guan Eng nafi dia telah salah gunakan kuasa tapi dia mengesahkan dia pernah hantar surat kepada Tommy berhubung akaun-akaun bank taikun developer yang dibeku SPRM.

Guan Eng kata dia hanya rujuk perkara ini kepada Tommy kerana ini di bawah bidang kuasa Tommy masa itu.

Agaknya apa yang Guan Eng tulis kepada Tommy semasa dia “rujuk” permintaan itu?

“Untuk rujukan Tuan Tommy”, “untuk perhatian Tuan” atau “untuk tindakan lanjut Tuan”?

Ketiga-tiga itu pun salah kerana langkah yang betul sepatunya ialah surat representasi dari peguam Taikun kepada Tommy seperti dalam kes Riza Aziz dan kes banglo Guan Eng.

Guan Eng bukan peguam dan dia semestinya bukan peguam bagi Taikun tersebut. Dia juga bukan opis boy yang tugasnya untuk forward surat taikun kepada pihak lain. Beliau hanyalah akauntan tak bertauliah sahaja.

Dia langsung tak ada kaitan dengan kes taikun itu. Kenapa pula dia perlu sibuk – siap tulus surat rasmi Kementerian Kewangan kepada Peguam Negara?
(melainkan dia ada kepentingan lain dengan taikun itu lah)

Dan agaknya apa sepatutnya reaksi Tommy apabila dia terima surat “rujukan” dari Guan Eng yang juga merupakan Menteri Kewangan masa itu?

Sepatutnya Tommy jawab: “Sorry, saya tak boleh buat apa-apa kerana surat kamu bukan surat representasi peguam dan ini telah melanggar prosedur dan boleh dianggap salah guna kuasa”.

Tommy tak faham undang-undang dan prosedur simple macam ini?

Sebaliknya, Tommy membalas surat Guan Eng pulak bersama butiran kes sambil memaklumkan dia sudah arahkan SPRM untuk henti membeku akaun-akaun taikun tersebut.

Dengan membalas surat ini, Tommy juga mengesahkan bahawa dia telah bocorkan maklumat kes kepada Guan Eng dan juga telah mengesahkan tindakan dia arahkan SPRM untuk hentikan pembekuan akaun adalah akibat surat Guan Eng.

Dengan ini, Tommy telah mengesahkan Guan Eng telah salah guna kuasa dan Tommy telah melanggar undang-undang kerahsiaan SPRM apabla dia membocor butiran kes kepada Guan Eng.

(Lagi parah jika wujudnya surat balas “ribuan terima kasih” dari Guan Eng kepada Tommy)

Pada masa yang sama, SPRM juga telah mengesahkan pembekuan akaun-akaun taikun telah dihentikan atas arahan peguam negara.

Sebab itu, saya percaya bahawa bukan hanya Guan Eng seorang yang mungkin telah melakukan kesalahan malah Tommy turut terbabit.

Dari FB Najib Razak

Related Articles

2 Comments

  1. kepada AG baru…

    rakyat masih tidak tahu atas butiran alasan apakah tommy thomas secara tiba2 menggugurkan perbicaraan kes rasuah lim guan eng yang sedang berjalan di mahkamah dimana beberapa saksi telah memberi keterangan

    rakyat bodoh mana agaknya yang percaya pada serangan dangkal tanpa sedikit pun butiran alasan yang diberikan apabila majlis peguam(bar council) cuba mempertahankan perbicaraan kes rasuah lim guan eng yang digugurkan oleh tommy thomas?

  2. Tommy Tolenjik shld be brought to justice
    Spit urself in face TT..LGE..Tony Phee. (Phua). & all ur cronies in PH
    Sincerely..many Msian thought when BN goes down into d drain ..we r goin to c a new chapter in Msian history…but it turn out Msian were getting fr bad to worst..

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker