Covid-19 : 38 kes baru sahaja.

Share

Malaysia mencatatkan 38 lagi kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dicatatkan adalah sebanyak 7,819 kes.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baru itu terdiri daripada 26 kes import dan 12 jangkitan tempatan.

Daripada 12 kes jangkitan tempatan, enam kes melibatkan warga asing, dan enam kes lain melibatkan warga tempatan.

Kesemua mereka sudah diasingkan dan kini sedang menerima rawatan.

Sementara itu, 51 lagi pulih dari jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jangkitan wabak itu ialah 6,404 atau 81.5 peratus daripada keseluruhan kes.

Ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 1,338.

Noor Hisham juga hari ini memaklumkan tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes.

Lapan pesakit kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

(Visited 65 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!