Covid-19 : 23 kes baru hari ini.

Malaysia mencatatkan 23 kes baru jangkitan Covid-19 hari ini. Sarawak mencatatkan 8 kes baru.

Dua lagi kluster baru COVID-19 dilaporkan pada hari ini.

1. Kluster Bukit Tiram Johor

Kluster ini telah dikenalpasti apabila terdapat 2 kes positif yang telah dilaporkan di sebuah pusat keagamaan di Taman Bukit Tiram, Johor. Kedua-dua kes positif (iaitu kes ke-8868 dan kes ke-8869) yang dikesan dalam kluster ini merupakan bukan warganegara yang menetap di Malaysia dan merupakan kakitangan pusat tersebut.



Kedua-dua kes positif ini telah mula mengalami gejala pada 15 Julai 2020 namun tidak mendapatkan rawatan segera di mana-mana fasiliti kesihatan. Kemudiannya mereka telah membuat saringan COVID-19 dan dikesan positif pada 24 Julai 2020.

Sehingga 25 Julai 2020, terdapat 2 kes positif dan 10 orang kontak rapat telah dikenalpasti dalam kluster ini. Semua 10 orang kontak rapat telah disaring dan masih menunggu keputusan. Siasatan dan akitiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (active case detection) sedang diteruskan. Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan.

2. Kluster Syarikat Pembinaan Kuching

Kes pertama kluster ini merupakan kes positif COVID-19 yang telah dikesan pada 11 Julai 2020 (iaitu kes ke-8715). Melalui siasatan yang telah dijalankan, sebanyak 55 kontak rapat telah dikenalpasti yang terdiri daripada 5 rakan serumah dan 50 rakan sekerja. Kesemua kontak ini telah disaring dan didapati negatif COVID-19.



Kluster ini telah dikenalpasti apabila 1 kes positif (iaitu kes ke-8881) telah dikesan daripada saringan ulangan kontak-kontak rapat kes ke-8715. Aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) masih diteruskan. Punca jangkitan kluster adalah masih di dalam siasatan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker