Covid-19 : 1 kematian, 110 kes baru

1 kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 1 kes semalam menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban sehingga kini seramai 84 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 110 kes jangkitan baru dilaporkan berbanding 85 kes semalam, menjadikan jumlah mangsa 5,182 orang sehingga kini.

Dalam pada itu, sebanyak 119 kes jangkitan Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad menjadikan bilangan pesakit yang sembuh 2,766 orang setakat ini.

Sementara itu jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berjumlah 56 orang.



“Daripada jumlah itu 29 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya

Sehingga kini 2,332 orang pesakit masih dirawat.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker