Maki Polis : Wajarkah Malaysia simpan rakyat sebegini, soal Maza · MYKMU.NET

Maki Polis : Wajarkah Malaysia simpan rakyat sebegini, soal Maza

Share

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin lantang mengecam tindakan seorang wanita yang memaki-hamun anggota polis ketika melakukan sekatan jalan raya ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) semalam.

Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Mohd Asri mempersoalkan kedudukan wanita itu sebagai rakyat Malaysia apabila mengingkari arahan pihak berkuasa.

“Wajarkah Malaysia menyimpan rakyat yang sebegini?” tulisnya sambil memuat naik papar layar artikel berkaitan seorang wanita dipercayai bukan Melayu yang ditahan kerana ingkar arahan PKP.

Menurut laporan sebuah portal berita pada 31 Mac, seorang wanita ditahan kerana ingkar arahan ketika sekatan jalanan raya Ops Covid-19 di Persiaran Surian, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata wanita berusia 30-an itu ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pihak berkuasa yang sedang bertugas.

Jelasnya wanita terbabit mungkin rasa tertekan apabila kenderaan Proton X70 yang dinaikinya terpaksa bersesak berikutan sekatan jalan raya pada jam 9.30 pagi.

“Apabila dia sampai ke lokasi, dia menjerit ke arah petugas you all are idiots,” kata Nik Ezanee.

Ditahan, didakwa dan didenda

Reaksi daripada hantaran itu memudian muncul dalam pelbagai bentuk, dengan sesetengahnya berbaur perkauman.

Ada antara mereka mencadangkan agar kewarganegaraan wanita berkenana dilucutkan, selain ada yang menyarankan individu berkean dimasukkan ke guni, diikat dan dicampak dalam lombong.

“Puak ni kerja lawan pasal penjawat awam tu Melayu.. itu ja..,” kata chempaka859.

“Sewajarnya hantar dia pulang ke Wuhan. Tanah tumpah,” tulis zalinazharif pula.

Sementara itu beberapa pihak pula mengingatkan bahawa kesalahan sebegitu tidak sepatutnya dilihat dari sudut perkauman.

Sementara itu Bendahari Pemuda Amanah Nasional, Saifullah Nasir, berkata ada ramai pesalah lain yang ditahan dan dikenakan tindakan kerana berkelakuan kasar kepada anggota polis.

Menyenaraikan beberapa kes yang dilaporkan media, dia berkata untuk semua kes berkenaan – kebetulan melibatkan orang Melayu – tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Maza.

“Ada amoi kata polis stupid idiots, belum didakwa di mahkamah. Maza (Mohd Asri) up status Instagram kata, patutkah disimpan rakyat sebegini.

“Wow selektif betul kan?” katanya.

Untuk rekod, pada 25 Mac lalu seorang mekanik didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar selepas mengaku bersalah menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Facebook pada 21 Mac lalu.

Mohd Fathi Hasan, 32, dari Jitra turut berdepan hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal menjelaskan denda itu.

Semalam, Mahkamah Sesyen Alor Setar menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan ke atas seorang pembantu kedai atas kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik pada 27 Mac lalu.

Tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut kertas pertuduhan, Nursahira melalui aplikasi Facebook secara sedar membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu.

Wanita itu dikatakan memuat naik status itu selepas marah dengan tindakan polis mengarahkannya pulang semasa ditahan di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, kira-kira jam 9 malam.

Mkini

One thought on “Maki Polis : Wajarkah Malaysia simpan rakyat sebegini, soal Maza

  • April 1, 2020 at 16:46
    Permalink

    Seperti biasa, PAN sebagai spesis belaan DAP akan menyalak cepat bila ada kes melibatkan mereka yang memang terkenal penyokong tegar DAP untuk tayangkan mereka masih setia kepada tuannya.

    Reply

Leave a Reply