Isteri terkejut suami sebenarnya wanita

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia terkejut selepas mengetahui bahawa suaminya sebenarnya seorang wanita selepas 10 bulan berkahwin, lapor akhbar Daily Star semalam.

Awal minggu ini, wanita bernama NA, 22, itu berkongsi kisahnya di media sosial selepas kes tersebut menjadi tajuk utama berita.

Suspek yang bernama Anhaf Arrafif telah dihadapkan ke Mahkamah Daerah Jambi pada 14 Jun lalu.

NA mendakwa bahawa dia bertemu dengan Anhaf dalam satu aplikasi temu janji pada Mei tahun lalu.

Ketika itu, suspek berkata bahawa dia ialah seorang pakar bedah terlatih di Amerika Syarikat dan ahli perniagaan arang batu yang sedang mencari calon isteri.

Tiga bulan kemudian, mereka berkahwin secara rahsia yang ‘diiktiraf oleh agama tetapi tidak diiktiraf oleh negara.’

Menurut pasangan itu, mereka tidak dapat mendaftar perkahwinan kerana ‘pengantin lelaki’ tidak dapat mengemukakan dokumen yang diperlukan.

Pasangan tersebut kemudian tinggal di rumah ibu bapa mangsa selama beberapa bulan. Ibu bapa mangsa berasa curiga kerana Anhaf sering meminta wang selain tidak dapat memberikan sebarang bukti tentang kerjayanya.

Bagi mengelakkan rahsianya terbongkar, Anhaf membawa mangsa tinggal jauh daripada keluarganya hingga ke Sumatera Selatan. Mangsa dikurung selama beberapa bulan, dilarang berinteraksi dengan orang lain dan kewangannya turut dikawal.

Selepas mangsa membuat laporan polis, penipuan Anhaf akhirnya terdedah dengan nama sebenarnya adalah Erayani. Sepanjang perkahwinan mereka, keluarga itu ditipu sebanyak 300 juta rupiah (RM88,996).

Suspek berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika disabit dengan kesalahan. Perbicaraan itu masih berjalan di Mahkamah Daerah Jambi. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker