Penutupan MAPS, mengaku sajalah kelemahan Dap – Najib

DATUK Seri Najib Tun Razak mendakwa wujud usaha oleh penyokong Pakatan Harapan (PH) untuk menutup kegagalan kerajaan negeri dalam mengurus taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh, Perak.

Kata bekas Perdana Menteri itu, perkara tersebut berikutan penutupannya dilakukan ketika cuti Tahun Baharu Cina dan Tahun Melawat Malaysia.

“Seperti Nga Kor Ming, penulis media sosial mereka mendakwa pelbagai penyelewengan dan rasuah untuk projek tersebut dalam usaha mereka untuk salahkan BN (Barisan Nasional).

“Mereka patut sedar bahawa ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) DAP sendiri mengesahkan pada Mac 2019 bahawa laporan audit khas (special audit) yang dilaksanakan oleh PH selepas PRU-14 untuk MAPS mendapati tiada sebarang bukti kukuh bagi salah laku atau penipuan berlaku,” katanya dalam Facebbok.



Taman tema MAPS yang dibangunkan dengan kos RM520 juta, ditutup mulai semalam sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn. Bhd. (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.

Mengulas lanjut kata Najib, yang menimbulkan persoalan kenapa kos projek naik RM217 juta dari RM390 juta iaitu mengikut anggaran awal pada 2013 menjadi RM607 juta.

“Ini pula menjadi dakwaan rasuah dan penyelewengan. kerana kos naik RM217 juta selepas lima tahun.



“Tapi saya rasa lebih baik jika penyokong PH persoalkan pula kenapa kos projek PTMP Pulau Pinang yang dimulakan oleh DAP naik RM19 bilion dari anggaran awal RM27 bilion pada tahun 2011 menjadi RM46 bilion pada 2015,” katanya.

Menurut beliau lagi, setelah kos naik RM19 bilion, projek itu dibiayai oleh kerajaan Persekutuan melalui surat jaminan Perdana Menteri ketujuh.

“Kenaikan kos RM19 bilion dalam tempoh empat tahu banyak rasuah dan penyelewengan juga ke?

“Sendiri tak pandai dan sudah gagal, mengaku sahaja lah PH,” kata beliau.



Taman tema MAPS yang dibangunkan dengan kos RM520 juta, ditutup mulai semalam sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young. SuaraMerdeka

Penutupan MAPS: Dr Zambry Sangkal Tuduhan, Sedia Ambil Tindakan Undang-undang

Sebaik sahaja penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS), wujud cubaan pihak tertentu yang melemparkan fitnah kononnya berlaku skandal ketika pentadbiran kerajaan terdahulu, ujar bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.



Bidas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu, tidak cukup membina persepsi jahat dengan mencipta istilah ‘Mini 1MDB’, pihak berkenaan melemparkan tuduhan serius mengaitkan dirinya dengan dakwaan skandal yang tidak berasas sama sekali.

“Tuduhan ini adalah fitnah yang sangat serius, berniat jahat dan sengaja direka oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan politik tertentu.

“Saya mengalu-alukan sebarang laporan audit tentang kedudukan MAPS sejak 2013 hinggalah 2019.

“Setiap akaun tertakluk kepada pengawasan Jawatankuasa Audit dan Firma Audit bertauliah,” tambahnya dalam satu kenyataan.



Ulas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor itu lagi, seperti yang semua sedia maklum MAPS dimiliki oleh syarikat senaraian awam (public listed company) yang mana semua keputusannya berada dan dibuat di peringkat pengurusannya.

“Ia tertakluk kepada syarat penyenaraian serta patuh kepada semua tatacara serta piawaian termasuk tertakluk kepada kawal selia Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti dan garis panduan Corporate Governance yang ditetapkan.

“Dan saya bukanlah Pengerusi atau Ahli Lembaga kepada syarikat ini,” tegasnya.

Justeru kata Dr Zambry, beliau tetap konsisten sejak dahulu lagi bahawa sekiranya berlaku penyelewengan yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka tindakan hendaklah diambil selaras dengan peruntukan undang-undang.



“Malangnya, adalah amat mendukacitakan apabila ia dijadikan perkakas politik untuk tujuan dan matlamat meruntuhkan maruah dan keaiban oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

“Saya akan mendapatkan nasihat dan pandangan perundangan dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap cubaan untuk berbohong, memfitnah dan merosakkan nama saya oleh individu dan pihak tertentu,” tambahnya. – UMNO ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker