PRK CH: Selama Hari Ini Yang Jaga Orang Asli, BN Jugak Kan?

Melainkan seorang dua, majoriti rakyat tahu bahawa yang selalu ambil berat soal kebajikan orang Asli ini adalah kerajaan BN, negeri baik, persekutuan pun sebelum ini.

Pakatan atau pembangkang dulu dengan hal kebajikan orang asli ni adalah satu perkara yang hampir tidak pernah di dengar, tak macam peneroka Felda, Lynas dan sebagainya, siap ada pelbagai NGO pada satu ketika dulu untuk “membela nasib” kelompok ini – membela lah sangat kan.

Tapi orang asli?  Hampir tidak pernah, kalau ada baik dah dengar mana-mana NGO ditubuhkan mereka untuk membela nasib orang asli ini.  Justeru, soal jasa kepada orang asli atau tidak ini, bukan persoalan apa lagi, memang BNlah juaranya.

Dibawah pentadbiran kerajaan BN sebelum inilah dimana agensi kerajaan yang menjaga kebajikan orang asli ini ditubuhkan dan perkasakan pada setiap masa.  Taraf bumiputera yang mendekatkan jurang ekonomi dan Pendidikan untuk orang asli juga diberikan oleh kerajaan BN sebelum ini.



Itu yang hairan ada pulak yang tak pernah berbunyi pasal orang asli tiba-tiba ambil berat dan kutip jasa.  Macam pelik saja bunyinya.

Walaupun begitu, biar jelas macam mana pun jasa BN kepada kaum orang asli terutama di Cameron Highland ini, hendaknya janganlah jentera BN terlalu menumpukan perhatian kepada sesuatu kelompok masyarakat saja.

Kumpulan masyarakat lain seperti di Cameron Highland yang kempen PRKnya sedang berlangsung sekarang, juga perlu diambil kira walaupun dikatakan di Tanah Rata tu, hampir tidak ada harapan untuk mengubah pendirian pengundi sana sekalipun banyak bukti ketidakupayaan pentadbiran baru telah dibuktikan.

Yang penting sekarang, usaha dan usaha adalah tangga kejayaan.  Mungkin bukan hari ini tapi di masa akan datang.



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker