Mahathir jadikan isu atlet Israel sebagai modal politik.

oleh Ab Jalil Backer

Ketika kerajaan dibelengu pelbagai masalah ekonomi dalam negara maka sekali lagi Israel dijadikan modal mengalih tumpuan.

Keputusan Tun Dr Mahathir tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak antara 29 Julai hingga 4 Ogos depan sangat menghairankan.

Sangat menghairankan kerana pada 1997 sosok yang sama menangkap ratusan rakyat Malaysia kerana berdemontrasi menentang kehadiran pasukan kriket Israel ke negara ini untuk kejohanan trofi ICC.

Kata Mahathir ketika itu lebih kurang, “kita benarkan pasukan kriket Israel ini datang supaya mereka dapat belajar mengenai keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.”

Maka menghalang penyertaan pasukan renang Israel menyertai kejohanan renang di negara ini bukanlah kerana isu Palestin sangat; tetapi lebih kepada mewujudkan kontroversi dan mengalih perhatian rakyat dari masalah kerajaan hari ini.

Sedikit masa lagi akan berkumandanglah kontroversi ini lalu Mahathir akan diangkat sebagai wira orang Islam oleh media dalam negara dan luar negara.

Media-media milik Yahudi yang beliau gunakan untuk menjatuhkan BN akan turut memainkan peranan mengecam beliau. Ini “reverse psychology” bagi meningkatkan nama Mahathir di kalangan orang Islam.

Bila terdesak sukan orang kurang upaya pun jadi bahan politik.

Bertemu sendiri mendengar rintihan atlet : Syed Saddiq perlu belajar daripada TMJ

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker