Final Terbuka Denmark, Zii Jia, Aaron-Wooi Yik buktikan kemampuan lagi malam ini

 

KUALA LUMPUR: Bintang perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berpeluang untuk menambah koleksi kejuaraan buat kali kedua berturut-turut musim ini apabila mara ke perlawanan akhir Terbuka Denmark di Odense.

Zii Jia yang meraih kejuaraan sulung tahun ini pada Terbuka Artik di Finland minggu lalu, dijadual membuat perhitungan dengan pemain China, Weng Hong Yang di Arena Jyske Bank, malam ini selepas menewaskan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu 21-15, 21-17 lewat malam tadi.



Pemain berusia 25 tahun itu dan Hong Yang akan bertemu buat kali keempat dengan rekod kemenangan sebelum ini memihak kepada lawan 2-1.

Kali terakhir kedua-dua pemain itu bertemu adalah pada pusingan pertama Terbuka Singapura yang menyaksikan Zii Jia tewas di tangan Hong Yang yang berada di ranking ke-22 dunia, 20-22, 21-16, 19-21.

Dalam pada itu, Malaysia turut mempunyai wakil dalam final beregu lelaki apabila Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mara selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 21-15, 21-15 pada separuh akhir.

 



Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan bertemu dengan beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana pada final Terbuka Denmark di Odense malam ini. – Foto Twitter Z
Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan bertemu dengan beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana pada final Terbuka Denmark di Odense malam ini. – Foto Twitter Z

 

Aaron-Wooi Yik akan bertemu beregu ke-14 dunia dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana selepas lawan mereka menewaskan gandingan senegara, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-11, 16-21, 21-12.

Pemenang acara perseorangan lelaki pada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 750 itu akan membawa pulang AS$59,500 (RM283,666) dan 11,000 mata BWF.

Bagi beregu lelaki pula, pemenang akan membawa pulang AS$62,900 (RM299,875) dan 11,000 mata BWF.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker