Selagi Ada Parti, Wakil Rakyat Boleh Dicari

Kelmarin ramai orang keliru dengan apa yang berlaku di Sabah.  Banyak media mengatakan dengan keluarnya sekian ramai pemimpin UMNO negeri itu bermaksud parti berkenaan telah lumpuh.

Yang mereka lupa, kekuatan parti politik tak ikut berapa ramai wakil rakyat atau ketua bahagian kita ada, tapi ahli akar umbi yang menyokong perjuangan parti di bawah.  Lebih-lebih lagi dalam keadaan menjadi pembangkang sekarang, soal jumlah sudah tidak lagi penting, bukannya ada kerajaan (peringkat pusat) yang nak dipertahankan pun.

Kalau baca macam itu (berapa ramai wakil rakyat), parti macam PKR dah lama tinggal nama, tapi hari ini lihatlah mereka.  Tak percaya, lihat berapa kerusi mereka ada dalam PRU1999 dan PRU2004, bandingkan pulak dengan sekarang.

Apa pun, cerita hari ini bukan pasal PKR tapi UMNO. Diminta kepada semua ahli UMNO untuk faham perkara ini – gambaran seolah UMNO Sabah runtuh bila sekian pemimpin (terutama wakil rakyat) meninggalkan parti, adalah tidak benar.



Jika sekalipun selepas ini lebih ramai wakil rakyat UMNO (terutama ahli parlimen) dari merata negara keluar parti, itu masih tidak bermakna parti akan lumpuh.  Melihat kepada senario politik sekarang, semua orang sepatutnya tahu apa yang berlaku dan tidak ada apa yang perlu diterkejutkan dengan itu.

Yang penting ialah parti dan ahli-ahli yang memberi sokongan.  Selagi ini ada, wakil rakyat kita boleh cari.  Bukan pilihanraya umum nak ada esok kan?

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker