Undang-undang undi PM di parlimen penting untuk sekat akuan berkanun

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen kerajaan mencadangkan agar satu undang-undang digubal untuk memastikan bakal perdana menteri dipilih melalui undian di Dewan Rakyat.

Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) berkata langkah itu bagi menangani dakwaan pihak-pihak yang mengatakan mereka memiliki akuan berkanun mencukupi untuk membentuk kerajaan.

“Saya mohon kerajaan buat satu undang-undang yang dapat pastikan siapa yang mendapat sokongan majoriti sebagai perdana menteri dibuat di Dewan yang mulia ini,” katanya dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat.



Ngeh menambah dakwaan berkaitan SD boleh menyebabkan politik tidak stabil apabila ia kerap timbul.

“Itu tak baik untuk kita,” katanya.

Antara perkara pertama yang Perdana Menteri Anwar Ibrahim lakukan selepas membentuk kerajaan adalah menguji sokongan yang dimilikinya di Dewan Rakyat, pada 19 Dis 2022.

Usul undi percaya itu untuk membuktikan keabsahan sokongan terhadapnya, sekaligus memperkukuh kestabilan kerajaan perpaduan.



Pada 11 Januari lalu, Anwar dilapor mencabar pembangkang untuk membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat, jika mahu menukar kerajaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’



Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker