Jangan abaikan rakyat kerana berdendam dengan saya -Najib

Saya bimbang.

InfraRakyat kita sediakan untuk kemudahan rakyat.

Supaya mudah buat rakyat berulang-alik, tidak terlalu bergantung kepada kereta.

Supaya rakyat kita dapat pekerjaan.

Supaya graduan kita dapat pengalaman latihan dan kemahiran, bersama-sama membina sebuah mercu tanda negara.

Kerajaan hari ini hanya memikirkan keuntungan dan tidak terfikir impak kepada kebajikan rakyat.

Saya resah dengar, berpuluh ribu rakyat kehilangan nafkah, memikirkan ada berpuluh ribu lagi akan kehilangan kerja.

Saya resah bayangkan kehidupan keluarga mereka selepas ini, ada yang gaji mereka cuma RM1,200 sebulan.

Dulu, kita cipta peluang pekerjaan bagi graduan kita membangunkan Malaysia.

Dengan pekerjaan stabil, mereka dapat membina rumah tangga dan keluarga.

Saya tidak terfikir kesenangan saudara-saudari sekeluarga akan bertukar jadi kesusahan.

Saya tidak terfikir Kerajaan yang berdendam dengan saya seorang akan membawa kesusahan pada saudara-saudari.

Ketika ini saya hanya mampu berdoa untuk semua.

FB Najib Razak

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.