Bayi lahir pada 2070 boleh hidup hingga 150 tahun

Bayi lahir pada 2070 boleh hidup hingga 150 tahun

Saintis mendakwa bahawa bayi yang dilahirkan pada tahun 2070 boleh hidup sehingga 150 tahun hasil daripada kemajuan dalam teknologi pengunduran proses penuaan, lapor portal berita MailOnline.

Sekiranya benar, ia bukan sahaja boleh menggandakan purata jangka hayat global semasa, malah boleh menyelesaikan masalah kesihatan yang berkaitan dengan usia.

Kajian itu semakin menjadi satu realiti selepas kajian perintis awal bulan ini berjaya membalikkan proses penuaan pada seekor tikus tua dengan selamat.

Para saintis kini meramalkan teknologi itu sedia digunakan ke atas manusia dalam tempoh beberapa dekad sahaja lagi.

Ahli biologi pengiraan dan pengarang Ageless: The New Science of Getting Older Without Getting Old, Dr. Andrew Steele, memberitahu bahawa ujian klinikal ke atas manusia akan dilakukan tidak lama lagi.

“Dalam tempoh 50 tahun akan datang, proses ini bukan lagi sesuatu yang mustahil,” katanya.

Ahli genetik University College London,Profesor Jurg Bahler, meramalkan teknologi sedemikian boleh membantu meningkatkan jangka hayat sehingga satu setengah abad pada maksimum.

“Sesetengah orang, termasuk saya sendiri, akan mengatakan bahawa terdapat tahap tertentu untuk kehidupan manusia, kira-kira 150 tahun dan anda tidak boleh melampaui itu.

“Kajian ini akan mengubah perspektif berkenaan,” jelas Bahler. K Online

Bayi lahir pada 2070 boleh hidup hingga 150 tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker