Ribuan dos vaksin dibawa masuk ke Gaza

Beribu-ribu dos vaksin untuk kanak-kanak termasuk polio dan campak mula memasuki Semenanjung Gaza bagi membantu menangani masalah kecemasan kesihatan yang semakin meningkat, kata Kementerian Kesihatan Palestin seperti dilaporkan Middle East Monitor.

Serangan darat tentera Israel sejak 7 Oktober tahun lalu telah menyebabkan perkhidmatan kesihatan terjejas di Gaza termasuk vaksinasi terhadap penyakit kanak-kanak.

Kementerian itu berkata, bekalan dos vaksin dianggarkan mencukupi untuk menampung vaksinasi selama lapan hingga 14 bulan. Ia telah memasuki Gaza melalui sempadan Rafah dengan Mesir.



Ketua Perhubungan Antarabangsa Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah, Yasser Bouzia berkata, dianggarkan terdapat kira-kira 60,000 bayi baru lahir di Gaza yang pada kebiasaannya akan menerima vaksinasi.

Beliau berkata, pemberian vaksin akan menjadi sukar kerana kebanyakan penduduk Gaza telah diusir dari rumah mereka, dengan ratusan ribu orang tinggal di khemah atau tempat tinggal sementara yang lain.

Vaksin terhadap penyakit termasuk rubela, polio, campak dan beguk datang daripada bekalan yang dibeli oleh Kementerian Kesihatan Palestin dan turut disumbangkan oleh Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan



Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]

Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara



Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker