Ozil buat peminat Perak panik, teruja

Ozil buat peminat Perak panik, teruja

Tindakan bekas bintang Arsenal, Mesut Ozil memuat naik gambar karikatur dirinya dengan latar belakang Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar di laman sosial miliknya mencetuskan suasana teruja dan panik khususnya dalam kalangan penyokong Perak.

Hantaran yang turut disertai dengan ‘tag’ lokasi Masjid Ubudiah dan gambar terbaru yang dimuat naik sejak semalam itu dibanjiri komen netizen dari Malaysia.

“Ya Allah, aku percayakanMu dengan masa silamku. Aku percayakanMu dengan masa hadapanku. Aku percayakanMu hari ini, esok dan selama-lamanya. Jumaat Mubarak,” tulis pemain berusia 33 tahun itu.

Malah, ada netizen yang berseloroh atau cuba mencetuskan spekulasi dengan mendakwa pemain Fenerbahce itu akan menyertai Perak musim ini walaupun semua sedar bahawa ia satu perkara yang mustahil.

Muncul juga persoalan daripada netizen adakah pemain kelahiran Jerman itu benar-benar berada di Perak atau hanya sekadar hantaran biasa di laman sosial.

Difahamkan, sudah menjadi kebiasaan pemenang Piala Dunia 2014 itu membuat hantaran di media sosialnya serta meletakkan lokasi beberapa masjid di dunia sebelum ini.

Sebelum ini, Ozil juga pernah memuat naik gambar dirinya menadah tangan berlatar belakang belakang gambar Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur di media sosial pada Mac tahun lalu.

Namun, tindakannya membuat hantaran karikatur dirinya dengan latar belakang Masjid Ubudiah mengujakan peminat dari negara ini berdasarkan statusnya sebagai pemain bertaraf dunia.

Bulan lalu, nama Ozil hangat diperkatakan di Indonesia apabila dia didakwa akan menyertai kelab Liga 1 negara itu, Rans Cilegon FC bagi menghadapi musim depan. BH

Ozil buat peminat Perak panik, teruja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker