Saya tak sokong PH atau UMNO – Azhar

Saya tak sokong PH atau UMNO – Azhar

Tan Sri Azhar Azizan Harun menegaskan segala keputusan dan tindakannya selama memegang jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat sejak lebih dua tahun lalu, dilakukan secara adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Beliau menegaskan tidak pernah menyokong Pakatan Harapan (PH) atau UMNO, sama ada sebelum atau selepas dilantik memegang jawatan berkenaan bermula 13 Julai 2020.



Jelasnya, semua keputusan dan tafsiran Peraturan Mesyuarat yang dibuat sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah berpandukan Perlembagaan Persekutuan serta pengetahuannya dalam undang-undang.

“Apa yang saya lakukan selama ini bukan untuk menyokong sesiapa. Saya tulis dan bercakap selama ini adalah untuk meluahkan pandangan saya.

“Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), apa yang saya tulis secara kebetulan selari dengan apa yang dibicarakan oleh ahli politik PH, tapi saya tidak pernah menyokong mereka.

“Malah, saya pernah menjadi sebahagian daripada kumpulan pemikir UMNO sejak 1990-an. Namun, saya juga bukan penyokong UMNO.



“Saya hanya menjalankan profesion saya secara profesional, …saya tiada kecenderungan pada mana-mana pihak tertentu,” katanya ketika bersiaran secara langsung dalam segmen ‘The Breakfast Grille’ di sebuah stesen radio, hari ini. BH

Saya tak sokong PH atau UMNO – Azhar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO



https://mykmu.net/2022/10/16/nurul-nazihah-yang-retung-dalam-kemalangan-bar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker