Ketua Perwakilan Diplomatik perlu lebih kreatif tarik pelabur asing – Ismail

Ketua Perwakilan Diplomatik perlu lebih kreatif tarik pelabur asing – Ismail

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail sabri Yaakob menyeru Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik untuk menerapkan pendekatan yang lebih kreatif dalam usaha menarik kembali kemasukan lebih ramai pelabur asing ke Malaysia.

Beliau berkata, mereka perlu cakna dalam meneroka serta menarik pelaburan daripada negara-negara yang baharu, terutamanya apabila dunia sedang rancak mencari destinasi pelaburan yang stabil di era pasca pandemik ini.



Ketua-ketua perwakilan itu juga harus memberi fokus kepada pembukaan peluang pasaran kepada produk-produk eksport Malaysia.

“Beberapa bidang tertentu seperti perdagangan, pendidikan dan pertanian perlu diberi penilaian yang menyeluruh ke arah memastikan Malaysia sentiasa di landasan tepat dan tidak ketinggalan dalam dinamik perkembangan global dan cabaran semasa khususnya,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke-9 (HOMC9), di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri; Menteri Pengajian, Datuk Seti Noraini Ahmad dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.



Menurut Perdana Menteri lagi, perkembangan semasa telah sedikit sebanyak mendesak kerajaan-kerajaan di seluruh dunia untuk menjajarkan semula hala tuju, fokus, serta pendekatan pelaksanaan dasar awam mereka dengan cabaran-cabaran baharu yang wujud ketika ini. Ujarnya, kerangka dasar luar negeri yang dilancarkan pada 7 Disember tahun lalu merupakan panduan dalam menghadapi cabaran semasa.

Ia turut mencerminkan aspirasi kebangsaan di dalam dunia pasca-pandemik dan bertunjangkan kesinambungan ke atas prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa yang telah berakar umbi dan menjadi amalan Malaysia selama ini.

”Walaupun sebuah negara kecil, saya yakin dengan pengalaman dan kepakaran yang ada pada para diplomat kita, Malaysia mampu untuk memainkan peranan yang unik dan tersendiri untuk mengingatkan dunia supaya bekerja sebagai sebuah keluarga dalam mendepani cabaran global semasa,” ujar beliau. MG

Ketua Perwakilan Diplomatik perlu lebih kreatif tarik pelabur asing – Ismail




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)



Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual

Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker