Saya tak mahu ulas -Anna Jobling

Saya tak mahu ulas -Anna Jobling

Pelakon Anna Jobling yang ditemui Melodi baru-baru ini meluahkan harapan agar kontroversi yang membabitkan nama aktor Meerqeen dan Mimi Lana dapat diselesaikan secepat mungkin.

Dia dalam pada itu enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana ingin memberi fokus terhadap kerjaya seninya.

Sebenarnya saya tak ada komen apa-apa fasal apa yang berlaku. Saya sendiri tak tahu details, saya tak tahu apa yang terjadi.

Anna juga turut menjawab tentang persoalan netizen yang mempersoalkan mengapa dia memadam foto Meerqeen di Instagram serta ciapan kontroversinya di aplikasi X sebelum ini

Bukan tanggungjawab saya untuk cakap mewakili dirinya. Dia tak ada kena mengena dengan saya. Kalau nak tahu apa yang jadi. Kena tanya kepada orang yang terlibat.

Apa yang saya kongsi, bukan berkaitan dengan apa yang berlaku. Kalau ada apa-apa berlaku pada saya secara peribadi, saya tak akan cerita benda itu. Saya dengan orang terdekat saya tahu apa maksud.

Terdahulu, nama Meerqeen dan Mimi menjadi sebutan di mulut netizen gara-gara mereka berdua didakwa dilihat bercumbu di sebuah kelab malam terkenal di sekitar ibu kota.

Tidak lama kemudian, Anna menerusi platform X ada menulis ciapan berbunyi ‘puzzle completed’ selain memadam foto Meerqeen di Instagram.

Saya tak mahu ulas -Anna Jobling

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang

Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah

Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker