7 Presiden Ini Dikatakan Paling Termiskin Dalam Dunia Serta Hidup Dalam Sederhana

7 Presiden Ini Dikatakan Paling Termiskin Dalam Dunia Serta Hidup Dalam Sederhana

Kalau dah jadi pemimpin negara atau presiden memang kita sedia maklum individu ini terkenal dengan kekayaannya. Tak dinafikan ramai yang mahukan posisi itu kerana mahu memiliki kekuasaan dan kekayaan.

Tapi lain pula dengan beberapa presiden ini. Mereka lebih menyukai kehidupan yang sederhana malah digelar sebagai presiden yang termiskin di dunia. Jom scroll dan lihat siapakah 7 presiden termiskin itu.

Fidel Castro 

Fidel Castro adalah presiden Cuba dari tahun 1976 sehingga 2008. Memegang jawatan presiden selama 32 tahun, Fidel menjadi kesukaan orang ramai kerana sikap dermawannya. Malah dia juga pernah tempatkan mangsa banjir di pejabat presiden.

Rafael Correa 

Ahli ekonomi dengan PhD dari University Of Illinois, Amerika Syarikat, Rafael berpegang pada prinsip anti-neoliberalisme. Presiden Ecuador ini terkenal kesederhanaan sepanjang perkhidmatannya dari 2007 sehingga 2017.

Ketika ekonomi Ecuador terancam dengan defisit, Rafael membekukan bayaran gaji pegawai tinggi dan presiden selama 2 tahun. Malah dia juga pernah memotong gajinya sebanyak 50% dan berjaya menjimatkan belanjawan negara tanpa perlu memotong subsidi sosial rakyat.

Hugo Chavez 

Menjadi presiden Venezuela pada tahun 1999 sehingga 2013, Hugo dikenali di seluruh dunia. Dia sebenarnya berasal dari keluarga yang miskin. Ketika dipilih sebagai presiden, Hugo masih lagi menjalani kehidupan yang sederhana.

Sebelum meninggal dunia, Hugo dikatakan berasa sangat takut. Ujarnya bukan takut kerana kematian, tetapi takut kerana bimbang tidak dapat menyelesaikan tugasnya sebagai seorang presiden.

Fernando Lugo 

Terkenal dengan penampilan yang sederhana dan popular, Fernando Lugo merupakan presiden Paraguay yang berjaya membangunkan negara itu pada tahun 2008 sehingga 2012.

Sebelum menjadi presiden, Fernando merupakan seorang pastor sehingga diberikan gelaran Pastor Kaum Papa. Malah dia amat disenangi oleh rakyat miskin di negaranya. Ini kerana Fernando menolak gajinya sebagai presiden dan gunakan untuk kepentingan rakyat.

Nelson Mandela 

Terkenal sebagai tokoh pembebasan Afrika Selatan dari sifat perkauman, Nelson Mandela memegang jawatan presiden dari tahun 1994 sehingga 1999. Semasa menjadi presiden, Nelson memotong 1/3 gajinya untuk menolong kanak-kanak termiskin di negaranya. Malah dia juga pernah melunaskan hutang negara menggunakan gajinya.

Jose Pepe Mujica 

Memegang jawatan presiden dari tahun 2010 sehingga 2015, Jose dikenali dengan gelaran “The Worlds Humblest President“. Semasa bertugas di Uruguay, Jose terkenal sebagai seorang yang sederhana dan murah hati.Dia hanya menggunakan kereta VW 1987 sebagai kenderaan presiden. Malah dia juga menolak rumah mewah yang diberikan oleh negara dan memilih untuk tinggal di rumah ladangnya. Gajinya pula didermakan sebanyak 90% (RM 48,250.83) pada badan kebajikan.

Mahmoud Ahmadinejad 

Terkenal sebagai presiden Iran yang termiskin pada tahun 2005 sehingga 2013, Mahmud Ahmadinejad diminta untuk menyatakan kekayaannya. Yang mengejutkan orang ramai, kekayaan yang dimilkinya adalah sebuah kereta tahun 1977 dan rumah yang sederhana.

Bukan itu sahaja, dia meminta pembantunya untuk menggulung permaidani Parsi antik di pejabat dan gantikannya dengan permaidani biasa. Malah dia juga tidak mahu duduk di kerusi VIP ketika menggunakan pesawat presiden.

Itulah 7 presiden termiskin di dunia. Sanggup hidup secara sederhana demi kehidupan rakyat yang terjamin. Salute!-Murai

7 Presiden Ini Dikatakan Paling Termiskin Dalam Dunia Serta Hidup Dalam Sederhana


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Speaker nafi tolak 15 usul untuk beliau kosongkan jawatannya

Mohon berikan bantuan sama rata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker