Sukma Johor ditangguh lagi, kini 2024

Sukma Johor ditangguh lagi, kini 2024

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2022 yang dijadualkan di Johor pada tahun hadapan ditangguhkan pada 2024.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia yang diadakan hari ini bagi mendapatkan pelaporan status terkini penganjuran Sukan Malaysia Ke XX dan Sukan Para Sukma ke XX, Johor 2020 dari Sekretariat Sukma Johor 2020.

Menurutnya, mesyuarat itu telah dihadiri Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia dan semua wakil dari negeri–negeri yang terlibat termasuk pihak kerajaan negeri Johor.

“Mesyuarat turut dihadiri oleh Pengelolaan Sukan Para Sukma pada 8 hingga 13 Mac 2021 dan Sukma Johor 2020 dijadualkan pada 2 hingga 10 April 2021 telah dibatalkan disebabkan oleh penularan jangkitan COVID-19,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia tersebut memaklumkan Jawatankuasa Tertinggi Sukma bersetuju agar penganjuran Sukan Malaysia 2022 oleh Johor ditangguhkan kepada tahun 2024. K Online

Sukma Johor ditangguh lagi, kini 2024


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker