Dakwaan ‘scammer’ pada Mahadi Zaman, “itu fitnah!” – Heliza

“Itu fitnah. Saya rasa satu Malaysia sudah faham keadaan dia, tak perlu saya keluarkan kenyataan apa-apa.”

Itu jawapan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi berhubung kenyataan pelakon, Fathia Latiff yang mendakwa suami penyanyi tersebut, Datuk Seri Mahadi Zaman seorang ‘scammer’.

Jelas Heliza lagi, dia tidak ambil hati dan tidak terkesan dengan dakwaan Fathia berikutan memahami kondisi kesihatan pelakon itu yang dikhabarkan mempunyai masalah mental dan emosi.



“Masa dia mengeluarkan kenyataan semasa siaran langsung di media sosial itu. Sejujurnya, saya betul-betul tak tahu apa-apa, Tapi bila orang mula sebarkan ke saya, saya faham dan tidak ambil peduli sangat.

“Saya tidaklah mengenali Fathia secara rapat tapi bila dia keluarkan dakwaan macam itu, saya rasa satu Malaysia sudah faham keadaan kesihatan dia.

“Jadi tanpa perlu saya mengeluarkan apa-apa kenyataan sekalipun, orang akan faham. Ini mungkin masa dia diuji dan apa yang diperlukan adalah doa dari semua kita,” katanya.

Heliza berkata demikian ketika sesi pengenalan hos baharu program Nasi Lemak Kopi O di sini hari ini.



Fathia sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa suami Heliza sebagai seorang scammer selepas gagal menyiapkan rumah yang dibelinya sejak lima tahun lalu.

Pelakon Ariana Rose mendakwa dia masih tidak nampak bayang kediaman yang dijangka siap pada tahun lalu itu meskipun telah membayar sebanyak RM5,000 secara ansuran bulanan.

Dalam pada itu, Heliza tidak mahu mengambil sebarang tindakan terhadap dakwaan Fathia dan memaafkan pelakon tersebut.

Bagaimanapun dia menegaskan dirinya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Fathia sekiranya isu tersebut semakin berlarutan.



“Saya tidak rancang untuk mengambil tindakan undang-undang. Bukan apa, sebab apa yang diperkatakan adalah tidak betul sama sekali. Saya dan suami memaafkan perbuatannya itu.

“Saya rasa dia tidak perasan situasi ketika itu, mungkin dia khilaf tapi sekiranya perkara ini berlarutan, lain pula ceritanya kelak. Lagipun suami saya memang tidak mengenali dia,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)



Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker