Serbu lot kedai ‘mini Dhaka’, imigresen tahan 23 PATI

Jabatan Imigresen menahan 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di sekitar Terminal Bas Melaka Central termasuk lot kedai ‘mini Dhaka’, semalam.

Dalam operasi bermula jam 2.20 petang hingga jam 5 petang itu, sebahagian warga asing terbabit bekerja di premis kedai, selain ada yang membeli-belah dan bersiar-siar pada cuti hujung minggu.

Pengarah Imigresen Melaka, Anirwan Fauzee Mohd Aini, berkata sebaik menyedari operasi bersepadu diadakan, ada warga asing cuba melepaskan diri, namun berjaya ditahan semula.

“Seramai 16 daripada 23 warga asing ditahan adalah warga Myanmar dan bakinya tujuh rakyat Bangladesh berusia antara 20 hingga 40 tahun.

“Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1) (c ) Akta Imigresen 1963 dan Seksyen 15(4) akta sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini mendedahkan ‘kebanjiran’ warga asing terutama Bangladesh di kawasan pintu masuk ke negeri ini sejak beberapa tahun lalu bukan saja mencacatkan pemandangan Melaka, malah menggusarkan warga tempatan.

Sebahagian warga asing terbabit dilihat mampu membuka kedai runcit yang menjadi tumpuan rakan senegara serta sanggup berniaga dengan meletakkan barangan basah seperti ikan di kaki lima kedai yang mengganggu laluan pejalan kaki dan menimbulkan pencemaran bau.

Anirwan Fauzee berkata, operasi itu dijalankan bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan memeriksa 199 warganegara asing iaitu 102 warga Myanmar, Bangladesh (68), Nepal (17), Indonesia (9) dan tiga warga Pakistan.

“Namun, 115 warga asing dibebaskan kerana mengemukakan dokumen perjalanan dan permit kerja sah serta teratur.

“Bakinya 81 orang dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Melaka untuk pemeriksaan lanjut sebelum 58 dibebaskan kerana berjaya mengemukakan bukti dan dokumen sah berada di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, operasi itu disertai 23 anggota Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Melaka; anggota Penguat kuasa MBMB (21) dan Polis Diraja Malaysia (lima).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker