Kluster Putrajaya Bakal Kalah Pemilihan UMNO Yang Dibuat Sebelum PRU15

Oleh Tun Teja

PEMIMPIN UMNO berpandangan “Kluster Putrajaya” bakal kalah dan kehilangan semua jawatan jika pemilihan UMNO terpaksa diadakan sebelum Pilihan Raya Umum ke 15(PRU-15) memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dilihat gagal menggunakan pengaruhnya untuk pastikan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan pindaan perlembagaan UMNO.

Tambahan pula akar umbi UMNO juga mahu PRU-15 diadakan dahulu sebelum pemilihan UMNO. Baru-baru ini, felo kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir dilaporkan berkata, akar umbi menyokong pemimpinnya yang tidak berada dalam kerajaan dan mereka yang mendesak PRU15 diawalkan.



Realitinya wujud kem dalam Umno, walaupun kita memberi gambaran kita sentiasa bersatupadu. Sekiranya pemilihan UMNO diadakan sebelum PRU-15, keadaan akan menjadi tidak terkawal. Ianya akan membuka ruang untuk pemimpin dikritik, termasuk perdana menteri dan kluster Putrajaya yang lain.

Ketika ini, Umno sedang menunggu keputusan RoS berhubung permohonannya untuk meminda perlembagaannya supaya ia boleh menunda pemilihan parti. RoS sepatutnya memaklumkan UMNO keputusannya pada 16 Julai lalu namun sehingga kini parti itu belum menerima sebarang jawapan.

Menurut sumber, permohonan berkenaan akan diluluskan dalam minggu ini. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno mempunyai kedudukan untuk memastikan kelulusan tersebut.

Jika pindaan itu diluluskan, Umno akan dibenar menangguhkan pemilihannya sehingga enam bulan selepas PRU-15 atau sehingga 18 bulan dari akhir penggal pucuk pimpinannya, yang mana lebih lewat.



Jika ditolak, pemilihan parti perlu diadakan sebelum PRU15.

Sekiranya Ismail Sabri tidak menggunakan pengaruhnya untuk memastikan permohonan itu diluluskan maka kedudukan beliau dalam parti berada dalam keadaan bahaya. “Kluster Putrajaya” bakal kalah dan kehilangan semua jawatan jika pemilihan UMNO diadakan sebelum PRU-15.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker