Wanita OKU dibunuh selepas cubit budak

Wanita OKU dibunuh selepas cubit budak

Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dipercayai dibunuh selepas memarahi dan mencubit dua kanak-kanak dalam kejadian di Seri Kembangan.

Mangsa berusia 20 tahun disedari meninggal dunia oleh kakaknya sekitar 12 tengah hari semalam sebelum memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Serdang, A Anbalagan, berkata susulan kejadian pihaknya menahan tujuh suspek terdiri empat lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 79 tahun 4 petang semalam.

“Motif kejadian disyaki kerana si mati yang memegang kad OKU (lembam) dikatakan memarahi dan mencubit anak suspek yang berumur dua tahun (perempuan) dan tiga tahun (lelaki).

“Si mati dipukul menggunakan kayu panjang dan diseterika secara berulang-ulang sehingga mengalami kecederaan pada tubuh,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, bedah siasat dijalankan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, dan belum menerima keputusan sebenar punca kematian mangsa.

Anbalagan berkata, selepas tangkapan dibuat empat suspek direman tujuh hari manakala tiga dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. FMT

Wanita OKU dibunuh selepas cubit budak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena

DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker