BN tak sertai GRS: Tidur bantal lain, mimpi tetap sama – Bung

BN tak sertai GRS: Tidur bantal lain, mimpi tetap sama – Bung

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Bung Moktar Radin menggambarkan hubungannya dengan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor umpama “tidur bantal lain, namun mimpi tetap sama”.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu berkata, walaupun Barisan Nasional (BN) tidak menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipengerusikan Hajiji, BN tetap menyokong gabungan itu bagi memastikan kerajaan Sabah stabil untuk rakyat.

Pengerusi BN Sabah itu berkata, kerajaan negeri sebelum ini sukar meletakkan fokus membangunkan negeri kerana terlalu kerap bertukar kerajaan dengan 16 kali mengadakan pilihan raya negeri berbanding Sarawak hanya 12 kali dan persekutuan sebanyak 14 kali mengadakan pilihan raya umum.

“Kita ada banyak perancangan, tetapi tidak akan menjadi, kalau kita tidak habis-habis jatuhkan satu sama lain. Sebelum ini macam-macam jenis kerajaan negeri kita cuba, tetapi tidak menjadi, jadi kita sama-sama pertahankan dan bantu kerajaan negeri sekarang.”

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Yang Dipertua Negeri, Juhar Mahiruddin bagi kementeriannya dalam sidang DUN di sini malam ini.

Persidangan itu ditangguhkan ke esok.

GRS secara rasmi terdiri daripada Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP), tanpa penyertaan BN yang dianggotai Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). FMT

BN tak sertai GRS: Tidur bantal lain, mimpi tetap sama – Bung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker