Bebas Botox, Mangiah Gufran dinobat unta tercantik di Qatar

MANGIAH GHUFRAN dinobatkan sebagai unta tercantik semasa Festival Unta Qatar. – AGENSI

DOHA: Seekor unta terpaksa menjalani ujian sinar-X bagi membuktikan haiwan itu tidak pernah menjalani sebarang pembedahan kosmetik susulan timbul dakwaan penggunaan Botox.

Lapor Daily Mail, Mangiah Ghufran akhirnya dinobatkan sebagai unta paling cantik di Qatar dengan membawa pulang sejuta riyal (RM1.11 juta) semasa Festival Unta Qatar yang berlangsung Selasa lalu, di bandar Al-Shahaniya.

Pemilik unta itu, Fahed Farj Al-Ghufrani memberitahu dia mengambil masa selama bertahun-tahun bagi melakukan persediaan menyertai pertandingan tersebut.

Ketua Penganjur Festival, Hamad Jaber Al-Athba berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan terperinci dengan semua penyertaan perlu menjalani ujian sinar-X dan prosedur lain.



“Kami mempunyai veterinar profesional dan peralatan canggih bagi mengesan sebarang penggunaan bahan kosmetik.

“Rasuah diperangi secara serius semasa festival ini berlangsung,” jelasnya.

Hamad berkata, pemilihan pemenang berdasarkan ‘saiz dan kecantikan’ kepala, panjang leher dan kedudukan bonggol unta.

Festival sebelum ini hanya membenarkan unta tempatan di Qatar sahaja bagi menyertai pertandingan.



Namun, tahun ini pihak penganjur membenarkan unta dari seluruh teluk Arab menyertainya seperti baka dari Kuwait, Arab Saudi dan UAE.

Disember lalu, sebanyak 43 unta disingkirkan daripada pertandingan selepas didapati menggunakan suntikan Botox, penyeri muka dan hormon penggalak otot untuk menjadikan bibir lebih mungil dan bonggol lebih terbentuk.

Prosedur itu sebenarnya berbahaya dan boleh menyebabkan unta mengalami kecederaan serius dan masalah kesihatan.

Bebas Botox, Mangiah Gufran dinobat unta tercantik di Qatar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi



Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik



Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker