Pilu khutbah Jumaat Panglima TLDM kenang pemergian 10 wira-wirawati

Pilu khutbah Jumaat Panglima TLDM kenang pemergian 10 wira-wirawati

LUMUT: Suasana pilu menyelubungi Masjid An-Nur di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, di sini, hari ini apabila khutbah khas sempena sambutan Hari TLDM Ke-90 menyentuh pemergian 10 anggota dan pegawai yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas, Selasa lalu.

Khutbah bertajuk ‘TLDM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara’ disampaikan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob di hadapan kira-kira 3,000 warga TLDM.



Dalam khutbah khas itu, beliau berkata, nahas membabitkan Helikopter Operasi Maritim AW 139 dan Fennec itu memberi kesan sangat mendalam dan satu kehilangan besar buat TLDM serta negara.

“Wahai wira dan wirawati negara yang kami sayangi, sedarlah bahawa kamu telah menggadaikan nyawa demi ibu pertiwi dan tanah air yang tercinta ini.

“Pengorbanan yang telah kamu berikan pastinya tidak dapat kami balas dengan air mata.

“Hanya doa mampu kami titipkan agar rohmu sentiasa dirahmati Allah,” katanya.



Menurutnya, masyarakat dapat menikmati suasana aman dan damai tanpa sebarang ganggu gugat musuh khususnya di perairan maritim negara hasil jasa yang telah, sedang dan akan terus dipikul TLDM bagi menjamin kedaulatan perairan dan kepentingan negara.

“Meniti 27 April ini, genaplah usia 90 tahun TLDM. Sekian lama menyumbang bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan demi keamanan dan kesejahteraan negara tercinta,” katanya.

Abdul Rahman berkata, TLDM berjaya melaksanakan 424 siri operasi melibatkan enam operasi berterusan dan tiga operasi berkala dengan memastikan kehadiran aset TLDM di Kawasan Operasi Maritim (KOM) sebilang masa.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena sambutan Hari TLDM Ke-90



Keberangkatan tiba baginda yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM jam 12.15 tengah hari, disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Abdul Rahman. BH

Pilu khutbah Jumaat Panglima TLDM kenang pemergian 10 wira-wirawati

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular

Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung



Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker