Pelayan enggan kongsi duit tip RM18,000 dipecat [VIDEO]

 

BENTONVILLE, ARKANSAS – Seorang pelayan sebuah restoran di negeri Arkansas dipecat kerana didakwa enggan berkongsi wang tip berjumlah  £3,300(RM18,396) yang diterima daripada pelanggan dengan pekerja lain, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Ryan Brandt yang bekerja di restoran Oven and Tap,  menerima tip lumayan itu ketika melayan sekumpulan pelanggan daripada sebuah organisasi bergelar Kelab £75 Dinner pada 2 Disember lalu.



Salah seorang  ahlinya, Grant Wise menganjurkan majlis makan malam di situ dan meminta kira-kira 40 ahli lain untuk menyumbang sebanyak £75 (RM418) setiap seorang sebagai tip kepada pekerja yang bergelut untuk meneruskan kehidupan ketika pandemik Covid-19.

Wise sebelum itu  menghubungi restoran tersebut bagi memberitahu bahawa tip itu bukan untuk dikongsi oleh para pekerja restoran berkenaan. Ia sebaliknya bertujuan untuk membantu seorang atau dua pekerja premis tersebut.

Kumpulan itu memilih Brandt dan seorang lagi rakan sekerjanya yang melayan mereka pada  acara makan malam tersebut sebagai penerima tip mereka.



Bagaimanapun, pengurus restoran kemudian meminta Brandt berkongsi wang tersebut dengan semua pekerja kerana ia merupakan protokol di restoran berkenaan.

“Saya diberitahu bahawa saya perlu memberikan wang tersebut kepada pengurus syif. Saya juga hanya boleh membawa pulang  20 peratus daripada jumlah tip itu,” kata Brandt.

Beberapa hari selepas kejadian, Wise mendapat tahu bahawa Brandt telah dipecat. Dia kemudian pergi ke restoran tersebut untuk meminta kembali wang tip itu bagi diberikan semula kepada wanita itu.

Bagaimanapun, pemilik restoran enggan bekerjasama dan tidak mengendahkan permintaan Wise.



Bagi membantu Brandt, Wise berkongsikan mengenai insiden itu di media sosial dan mewujudkan dana sumbangan orang ramai di laman GoFundMe bagi mengumpul wang untuk diberikan kepada Brandt.

Setakat ini, sebanyak £6,580 (RM36,675) telah berjaya dikumpul menerusi laman tersebut. – AGENSI

Pelayan enggan kongsi duit tip RM18,000 dipecat [VIDEO]


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker