Bertopi keledar rompak kedai emas dalam pasar raya

Bertopi keledar rompak kedai emas dalam pasar raya

Tiga individu bertopi keledar disyaki merompak sebuah kedai emas dalam sebuah pasar raya di Kota Warisan, Sepang, dan melarikan barangan kemas, semalam.

Insiden itu dipercayai berjaya dirakam orang ramai yang berada di pasar raya terbabit ketika kejadian, sebelum ia tular dalam media sosial.



Sementara itu Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan yang dipercayai berlaku pada jam 8.15 malam tadi.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan fakta kes akan diserahkan kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

“Laporan lengkap berkenaan kes itu akan dikongsikan dengan pihak media selepas mendapat kebenaran Ketua Polis Selangor,” katanya. BH

Bertopi keledar rompak kedai emas dalam pasar raya



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?



Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen



Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker