Penjawat awam Johor dapat bantuan khas setengah bulan gaji

ISKANDAR PUTERI: Penjawat awam Johor akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar sebelum akhir tahun ini.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad ketika membentangkan Belanjawan Johor 2021 pada Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-14 di sini, hari ini.

Bantuan Khas Kewangan itu akan dibayar sebelum akhir tahun ini.



Hasni berkata, penjawat awam persekutuan yang dibayar gaji Kerajaan Johor turut menerima Bantuan Khas Kewangan berkenaan.

“Bantuan Khas Kewangan itu juga akan dipanjangkan kepada semua guru KAFA, petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan guru Tadika Islam Johor (TAJ),” katanya.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker