Muhyiddin menghadap Agong jika belanjawan tidak lulus

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan hari ini.

Pakar Perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, ia merupakan perkara pertama yang perlu dilakukan oleh Perdana Menteri untuk melakukan proses musyawarah dalam melihat kaedah-kaedah yang terbaik.

“Terdapat beberapa pilihan yang boleh diambil iaitu memperkenalkan Perlembagaan melalui Ordinan Darurat seperti yang pernah dilakukan pada tahun 1969 untuk perbelanjaan negara pada tahun 1970.

“Pilihan kedua ialah dengan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan segera tetapi pilihan ini agak sukar kerana masa yang ada agak suntuk iaitu hampir sebulan,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Bagaimanapun, Dr Muhammad Fathi berkata, dalam tempoh yang singkat agak sukar untuk mengadakan pilihan raya dan memanggil Parlimen kembali untuk membuat belanjawan baharu.

“Pilihan ketiga ialah memberikan kebenaran kepada kerajaan untuk berbelanja di bawah Perkara 102(a), ‘vote on account’. Cuma kaedah ini merupakan kaedah sementara dan tidak boleh menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Ia hanya sesuai sekiranya pilihan raya hendak diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Muhyiddin menghadap Agong

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker