Aziz masih keluar makan bersama dengan Puteri Lily walau sudah bercerai

Aziz masih keluar makan bersama dengan Puteri Lily walau sudah bercerai

Meskipun sudah bercerai, pengarah Aziz M. Osman dilihat masih menjaga hubungan baik dengan bekas isteri, Puteri Lily Lokman dan anak-anak mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Puteri Lily memuat naik beberapa momen dia dan Aziz keluar makan bersama anak-anak di sebuah kedai makan Jepun, baru-baru ini.



Aziz dan Puteri Lily dilihat sangat profesional dan tidak kelihatan janggal berborak serta bergurau antara satu sama lain.

Malah, mereka turut merakam gambar lengkap satu keluarga buat tatapan umum.

Sementara itu, berlaku satu kejadian lucu apabila Puteri Lily tidak dapat ‘mention’ nama bekas suaminya di Instagram disebabkan akaun miliknya telah disekat.

Sebelum ini, menerusi satu sesi temu bual, Puteri Lily berkata dia dan Aziz telah berjanji untuk bersama-sama menjaga serta membesarkan anak-anak mereka.



Menurut Puteri Lily, dia dan bekas suaminya tidak akan membawa isu hak penjagaan anak-anak ke mahkamah dan menjelaskan isu nafkah tidak menjadi masalah buat mereka.

Terdahulu, Puteri Lily menerusi hantaran di Instagram Stories memaklumkan dia sudah pun bercerai dengan Aziz sejak bulan lalu.

Untuk rekod, Puteri Lily dan Aziz mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Puteri Nur Azzahra, 12, dan Putera Muhamad Aryan, 5.
Sumber: Instagram

Aziz masih keluar makan bersama dengan Puteri Lily walau sudah bercerai



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman



Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen



Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker