Warga China mahu adi GRO di Kelantan?

Seramai tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara China termasuk dua wanita dicekup selepas mereka menyeberangi Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di sini, hari ini.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Dua Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga PATI yang berusia 33 hingga 36 tahun itu diberkas kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi.

Menurutnya, pasukan beroperasi menahan PATI itu semasa menjalankan rondaan bermotosikal sebelum mengesan tiga orang awam memasuki negara secara haram dengan menyeberangi Sungai Golok menggunakan perahu.

“Pemeriksaan mendapati, seorang lelaki dan dua wanita itu merupakan warganegara China.

“Anggota bertugas merampas sembilan buah telefon bimbit, wang tunai mata wang Malaysia, Emiriah Arab Bersatu, Thailand dan Hong Kong bersama PATI yang ditahan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, anggota Dua Divisyen turut merampas tiga utas jam tangan, barangan kemas, beg tangan, 42 kotak rokok dan kad tambah nilai Myanmar dengan anggaran nilai keseluruhan melebihi RM104,096.

Menurutnya, ketiga-tiga PATI itu diserahkan kepada Balai Polis Bukit Bunga di sini untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, menurut sumber, difahamkan ketiga-tiga PATI itu masuk ke Kelantan untuk mencari pekerjaan di negeri ini.

Katanya, selain itu, dua wanita yang ditahan berkemungkinan akan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) atau terlibat dengan sindiket pelacuran.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker