Mahkamah dimaklumkan seseorang cipta lokasi jenayah kes bunuh CEO Cradle Fund

Mahkamah Rayuan di sini hari ini diberitahu bahawa seseorang telah sengaja mengunci tombol pintu dari luar bilik yang terbakar, lokasi mayat Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan ditemukan bagi mencipta satu “staged crime scene”.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari berhujah tidak mungkin tombol itu terkunci dengan sendirinya dari dalam memandangkan kebakaran tidak merebak ke pintu berkenaan.

“Kesan terbakar pada tombol juga sengaja dilakukan bagi memberi gambaran bahawa tombol itu terkunci disebabkan sambaran api kebakaran kerana tiada sebarang kebakaran pada pintu tersebut, hanya kesan jelaga sahaja.

Kesan terbakar pada tombol disebabkan oleh kebakaran dan ia merupakan persediaan untuk mencipta satu ‘stage crime scene’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berhujah dalam rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Samirah Muzaffar, 48, yang juga balu Nazrin, serta dua remaja yang kini berumur 21 dan 18 tahun daripada pertuduhan membunuh Nazrin, selepas memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Sementara itu, Amril berkata pakar patologi kedua, Dr Prashant Naresh Samberkar (SP50) menyatakan terdapat kesan post-mortem hipostasis di bahagian belakang mayat yang menunjukkan mayat mangsa telah dialihkan.

“Bukan itu sahaja, kewujudan percikan darah pada dinding di bahagian kepala katil yang mana kemudiannya disahkan positif asid deoksiribonukleik (DNA) si mati turut membuktikan perkara yang sama. Bagaimana boleh dijumpai darah simati pada dinding sedangkan mayat si mati dijumpai di atas lantai?

Penemuan kesan darah itu adalah konsisten dengan kesan terkena objek tumpul dan bukannya kesan tembakan atau letupan,” katanya.

Seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail pula berhujah, kecederaan pada badan si mati tidak konsisten dengan letupan.

“Sekiranya berlaku letupan (daripada telefon bimbit), telinga mangsa akan terkoyak namun ia masih lagi elok. Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Dr Zulkiflee Abu Bakar turut mengesahkan telinga si mati masih elok,” katanya.

Rayuan yang didengar di hadapan panel tiga hakim yang diketuai Hakim Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama Ahmad Zaidi Ibrahim dan Azhahari Kamal Ramli bersambung 17 Okt ini.

Pada 21 Jun 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan ketiga-tiga tertuduh daripada pertuduhan membunuh Nazrin di akhir kes pendakwaan.

Samirah dan dua remaja itu, serta seorang wanita warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari, yang masih bebas, didakwa membunuh Nazrin, 45 tahun ketika kejadian, di rumahnya di Mutiara Damansara antara 11.30 malam pada 13 Jun 2018, dan 4 pagi hari berikutnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla

Pengacara popular tak bayar gaji staff?

Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)

Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker