Padah benarkan anak 10 tahun pandu Kancil ke sekolah

Tangkap layar video TikTok menunjukkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun memandu Perodua Kancil bersama adik serta kakaknya untuk ke sekolah dalam kejadian di Pekan Nanas, Pontian, Selasa lalu.

PONTIAN – Sepasang suami isteri tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian di sini selepas menyedari video anaknya memandu kereta Perodua Kancil tular di laman sosial sehingga mendapat pebagai respon netizen.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pasangan itu bersama anaknya berusia 10 tahun hadir memberi keterangan kira-kira pukul 10 pagi hari ini.

Menurut beliau, siasatan terhadap video di TikTok mendapati kanak-kanak terbabit memandu kenderaan sambil dua lagi kanak-kanak berada di tempat penumpang hadapan.

“Siasatan lanjut mendapati kejadian itu berlaku pada Selasa lalu di Pekan Nanas dan difahamkan mereka memandu kereta itu ketika mereka bersiap untuk ke sekolah.



“Kita telah ambil keterangan ibu bapa yang terlibat,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Shofee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ujarnya, ibu bapa atau penjaga yang membenarkan kanak-kanak di bawah umur memandu kenderaan boleh didakwa mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

Selain itu, pemilik kenderaan berkenaan boleh disaman mengikut Seksyen 39 (5) APJ 1987.



“Pihak polis menasihatkan kepada ibu bapa supaya memandang serius kejadian ini dan merupakan satu kesalahan,”katanya. – KOSMO! ONLINE

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan



Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker