Resepi nasi goreng Mexico pedas

Resepi nasi goreng Mexico pedas

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang sesuai sebagai menu hidangan utama. Masakan ini adalah salah satu inovasi berasaskan lada yang sememangnya sangat sedap.

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi nasi goreng Mexico ini. Memang sedap.



BAHAN

1 mangkuk nasi
60 gm daging kisar
3 ulas bawang putih – tumbuk
1 tangkai cili merah – hiris halus
1 labu bawang besar – potong dadu
¼ lada benggala merah – potong dadu
¼ lada benggala kuning – potong dadu
¼ lada benggala hijau – potong dadu
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar kicap soya cair
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk paprika
3 tangkai daun pasli – cincang halus
2 sudu besar minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa

CARA

1.Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2.Masukkan daging kisar dan kacau sehingga masak.
3.Selepas itu, masukkan bawang besar, lada benggala merah, lada benggala kuning, lada benggala hijau dan cili.
4.Masukkan cili kering kisar, kicap soya cair, serbuk paprika, serbuk cili, garam dan lada hitam secukup rasa. Gaul sekata.
5.Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.
6.Akhir sekali masukkan daun pasli dan gaul sehingga sebati. Sedia dihidang.Resepi nasi



Untuk anda yang mengemari masakan pedas, anda boleh menganggarkan sendiri sukatan cili atau jenis cili yang anda gunakan.
Oleh itu terpulang bagi anda yang suka mencuba resepi baru, kerana masakan ini bukan sahaja mudah, malah ia juga sangat sedap. Selamat mencuba!

Resepi nasi goreng Mexico pedas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker