Seleweng dana Aid4Palestine: Buat laporan jika ada bukti saya , kata anak Hadi


Seleweng dana Aid4Palestine: Buat laporan jika ada bukti saya , kata anak Hadi. Bekas Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, mencabar pihak yang mempunyai bukti terhadap dakwaan bahawa beliau menyeleweng dana badan sukarelawan, Aid4Palestine, supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Khalil turut meminta semua pihak berhenti mempolitikkan pelantikannya sebagai ketua sekretariat badan tersebut yang tidak dibayar sebarang gaji atau elaun.

Beliau menegaskan akan meneruskan tugas sebagai ketua Sekretariat Aid4Palestine yang ditubuhkan bapanya selaku Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, biarpun dikecam pelbagai pihak.

“Kita kena bezakan antara jawatan dalam kerajaan dan politik, dengan jawatan dalam badan sukarelawan. Saya terima jawatan ini demi membantu rakyat Palestin secara sukarela, bukan kerana bayaran atau imbuhan tertentu.

“Jika ada pihak mempunyai sebarang bukti kukuh menunjukkan saya menyeleweng dana untuk membantu masyarakat Palestin ini, silalah buat laporan rasmi kepada pihak berkuasa supaya mereka boleh menjalankan siasatan terperinci dengan adil,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Seleweng dana Aid4Palestine

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa banyak pihak mempertikaikan tindakan Hadi melantiknya mengetuai Sekretariat Aid4Palestine untuk mengumpulkan dana.

Khamis lalu, Hadi mengumumkan penubuhan Sekretariat Aid4Palestine dengan kerjasama lebih 40 badan bukan kerajaan (NGO) sebagai tindakan proaktif dan segera dalam membantu perjuangan rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis.

Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah itu berkata, sekretariat berkenaan berfungsi sebagai penyelaras jaringan NGO dan masyarakat sivil untuk menggerakkan kempen kesedaran rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin.

Katanya, ia turut berperanan menyelaras kutipan dana #Aid4Palestine melalui kaedah pendanaan ramai dengan sasaran RM1 juta untuk disalurkan terus ke Palestin.

“Komitmen fasa pertama yang akan disalurkan menjelang 10 Syawal mencecah RM350,000 hasil kutipan terkumpul NGO PASRelief, Yayasan Amal Malaysia, Muslim Care Malaysia Society dan Cakna Palestin Malaysia, manakala kutipan fasa kedua menyasarkan minimum RM650,000 akan dibuka sehingga 30 Syawal,” kata beliau dalam kenyataan. FMT

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


MyAqsaDefenders sasar kumpul dana RM10 juta bantu Palestin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker