TNB nasihat orang ramai waspada sindiket penipuan panggilan telefon
TNB nasihat orang ramai waspada sindiket penipuan panggilan telefon

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menasihatkan pelanggan dan orang ramai supaya berwaspada terhadap sebarang panggilan mencurigakan yang mengaku daripada syarikat utiliti berkenaan.
TNB mengeluarkan kenyataan itu susulan kejadian seorang pelanggan diperdaya individu melalui panggilan telefon yang memperkenalkan diri sebagai warga kerja syarikat berkenaan.
TNB menerusi hantaran di Facebook TNB CareLine memaklumkan pihaknya mengambil maklum dan bersimpati dengan kejadian penipuan membabitkan panggilan telefon yang dilaporkan berlaku di Terengganu dan sedang meneliti maklumat berkaitan sebelum bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi tujuan siasatan lanjut.
Orang ramai juga diingatkan agar tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, alamat atau rekod akaun melalui telefon tanpa pengesahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saarani Bertemu Masyarakat India Kota Tampan, Suburkan Semangat Kebersamaan
- Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Komited Pastikan Kebajikan Golongan Ibu Tunggal Sentiasa Terbela
- Yayasan Pahang Terima Anugerah Anti-Rasuah, Bukti Berwibawa Angkat Nilai Integriti
Sebagai langkah keselamatan, TNB meminta pelanggan yang menerima panggilan meragukan supaya menghubungi TNB CareLine di 1300-88-5454 bagi mendapatkan pengesahan.
Terdahulu, seorang pesara kerajaan wanita berusia 71 tahun dari Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu kerugian RM50,000 selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai TNB pada 29 Januari lalu dengan mendakwa nama mangsa disalahgunakan untuk pendaftaran meter TNB yang diubah suai bagi kerja mencuri elektrik di Pahang, sebelum disambungkan pula kepada rakan suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.
Azli berkata, mangsa yang bimbang dikenakan tindakan undang-undang telah membuat pindahan wang berjumlah RM50,000 ke lima akaun berbeza seperti diarahkan suspek sebelum kemudiannya menyedari ditipu berikutan suspek gagal dihubungi.
TNB nasihat orang ramai waspada sindiket penipuan panggilan telefon
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari Wilayah … Rai Semangat Kebersamaan, Kepelbagaian Dan Daya Tahan
- Hari Wilayah Persekutuan 2026: Perkukuh Kebersamaan, Perteguh Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
- MINDEF Komited Sokong Usaha Murni Berteraskan Ilmu, Muafakat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.