[VIDEO] Sampai Gitu Sekali..Koyak Main Futsal, 25 Geng Isarb Hafiz Balun Seorang Lelaki?

Tular rakaman video pergaduhan di sebuah gelanggang futsal di Subang Jaya yang didakwa melibatkan salah seorang ahli YouTuber Isa Isarb, Isarb Hafiz.

Menurut seorang pengguna Twitter, Bakhtiar Ikhwan, pergaduhan tercetus atas faktor tidak puas hati.



Berdasarkan laporan polis yang dikongsi oleh Bakhtiar, mangsa yang dikenali sebagai Rahimie telah dipukul oleh Hafiz bersama 25 rakannya yang lain. Rahimie merupakan mangsa keadaan kerana pada awalnya, beliau menjadi orang tengah yang meleraikan pergaduhan antara Hafiz dan seorang lagi teman yang berfutsal bersama, Firdaus.

VIDEO DIBAWAH:-
[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/oczdU5QZ/pergaduhan-di-gelanggang-futsal-lelaki-ini-dipercayai-dipukul-geng-youtuber-isarb_hd.mp4[/KGVID]

Perkara tersebut juga telah disahkan oleh isteri Rahimie, Ezyana Shahira di mana Rahimie menerima 8 jahitan di muka akibat pergaduhan tersebut.



Sebelum kumpulan itu bersurai, salah seorang daripada mereka sempat berkata tindakan mereka itu bukan satu pergaduhan tetapi satu tindakan ‘mempertahankan diri’. Namun netizen tidak bersetuju itu adalah satu tindakan mempertahankan diri.

Buat masa ini, tiada kenyataan dikeluarkan oleh pihak Isarb Hafiz berkenaan kes ini.-TheVocket

[VIDEO] Gaduh di gelanggang futsal, Polis kesan individu terlibat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker