Sah diracun! Yogi sikucing selebriti dan rakan mati akibat perbuatan khianat

PETALING JAYA: Seorang pemilik kucing sedih apabila haiwan peliharaannya bersama empat kucing terbiar ditemui mati, dipercayai diracun di kawasan sebuah flat di Desa Pandan Sabtu lalu.

Dengan 31,200 pengikut di TikTok, Yogi adalah kucing selebriti di media sosial, kata pemiliknya, Al Farrah Sherrina Zulkifle.

Farrah berkata, kematian Yogi dan empat ekor kucing lain mengejutkan komuniti pencinta haiwan peliharaan dalam talian yang menuntut tindakan diambil terhadap pelaku.



Beliau mendakwa sekurang-kurangnya 10 ekor kucing, termasuk Yogi, dibunuh akibat racun di kawasan itu sejak seminggu lalu. Ada di antara kucing itu milik individu lain, manakala yang lain ialah kucing jalanan.

“Bagaimana seseorang begitu kejam terhadap haiwan? Jika mereka tidak suka kucing, mereka boleh beritahu kami dan kami akan melakukan sesuatu bagi memastikan kucing itu dilindungi,” katanya kepada FMT.

Farrah bercadang membuat laporan kepada polis dan persatuan kebajikan haiwan.

Yogi, yang merupakan baka tempatan berbulu panjang, ialah kucing peramah dan akan melindungi rakannya.

Buat masa ini, katanya, beliau tidak tahu siapa atau jenis racun yang digunakan untuk membunuh kucing berkenaan, tetapi jirannya mengesyaki racun tikus adalah puncanya.



Doktor haiwan mengesahkan punca kematian itu akibat keracunan.

Farrah berkata, jirannya mengetuk pintunya pada 8.30 pagi Sabtu lalu untuk memaklumkan Yogi dan kucing lain ditemui tidak bergerak di tingkat bawah bangunan itu.

Katanya, Yogi yang merupakan baka tempatan berbulu panjang, adalah kucing peramah yang akan melindungi rakannya.

“Semua jiran kenal Yogi kerana ia peramah. Ia membiarkan manusia membelainya. Yogi tidak pernah bergaduh dengan kucing lain di blok ini, tetapi ia selalu menjadi pelindung apabila kucing luar muncul.



“Yogi akan mengekori saya ke mana saja saya pergi di sekitar blok ini. Jika saya keluar mencari kucing lain yang hilang, ia akan ikut sama.

“Kini, seluruh komuniti kucing di blok ini sudah tiada.”

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker