Penyamun guna mesin pemotong besi pecahkan tabung masjid [VIDEO]

Seorang lelaki menggunakan mesin pemotong besi untuk memecahkan tabung di Masjid An-Nur, Felda Teloi Timur, Sik pada semalam.

SIK – Seorang penyamun menggunakan mesin pemotong besi untuk memotong mangga pada tiga tabung di Masjid An-Nur, Felda Teloi Timur pada semalam.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 2.50 hingga 4 pagi.

“Pengadu yang merupakan setiausaha masjid menyedari kejadian itu pada pukul 6 pagi semalam sebelum membuat laporan polis.

“Dia memberitahu mangga pada tiga tabung telah dipotong dan duit di dalam tabung tersebut telah hilang,” katanya di sini hari ini.



Kata beliau, pengadu kemudian memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di masjid dan mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali telah mencuri wang sebelum melarikan diri.

“Suspek masih belum ditangkap dan usaha untuk mengesan suspek giat dijalankan,” ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Masjid tersebut, Noratzman Ismail, 42, berkata, pihaknya menyedari berlaku kecurian tabung masjid ketika jemaah mahu menunaikan solat subuh.

“Pemeriksaan CCTV menunjukkan seorang lelaki berusia lingkungan awal 30-an cuba memecahkan mangga pada peti besi itu dengan menggunakan alat pemotong besi,” katanya.



Tambahnya, dalam rakaman itu, suspek dilihat menolak motosikal dari luar pagar masjid dan meletakkannya di pagar tembok masjid yang agak terselindung. – KOSMO! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker