Lelaki putus jari tangan ditetak 5 individu

Lelaki putus jari tangan ditetak 5 individu

Lelaki putus jari tangan ditetak 5 individu
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki putus lima jari tangan selepas diserang sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang dan pedang di Jalan PJS 11/2, Bandar Sunway, Subang Jaya, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata dalam kejadian sekitar jam 1.54 pagi itu, dan mangsa serta beberapa rakan baru selesai makan di sebuah restoran di lokasi.

Katanya, mangsa yang berusia 30 tahun dan rakan-rakannya sedang bergerak untuk pulang ke rumah sebelum sebuah kereta jenis Toyota Vios tiba-tiba menghampiri mereka.

“Lima lelaki dalam kenderaan itu, disyaki warga tempatan dan bertopeng muka serta bersenjatakan parang dan pedang kemudian turun dan terus menyerang mangsa serta rakan-rakannya.

“Mangsa tidak sempat melarikan diri dan ditetak beberapa kali. Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian tangan, kaki dan badan selain kehilangan lima jari tangan kiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata berbahaya.

“Kita menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu polis.

“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Fadizah Ajamain di talian 019-8582166,” katanya.

Beliau menambah, identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Lelaki putus jari tangan ditetak 5 individu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker