Muhyiddin sedia bekerjasama dengan Mahathir

#PRU15

Muhyiddin sedia bekerjasama dengan Mahathir

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sedia mempertimbangkan kerjasama dengan Pejuang menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) jika parti itu serius,

Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada pihak yang menghubunginya berhubung kerjasama itu, kecuali perbincangan yang pernah dibuat pada “awal dahulu”.

“Setakat ini, tiada pihak yang berhubung dengan saya mengenai soal itu, lagi pun kita sudah berada dalam fasa persiapan. Jadi, saya tidak tahu kalau ada cadangan berkenaan (perkara itu).

“Awal dulu pernah bincang, tetapi selepas itu, tidak jadi apa-apa. Kalau pihak sana (Pejuang) serius, kita sedia (mempertimbangkannya),” katanya, lapor Berita Harian.

Tambahnya, perkara ini perlu dibawa ke Majlis Tertinggi Bersatu untuk dipertimbangkan keperluannya, namun secara keseluruhannya, “Perikatan Nasional (PN) dah siap sedia”.

Sebelum ini, Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk menjalin kerjasama politik dengan parti lain yang turut ingin menentang Umno dan Barisan Nasional (BN) pada PRU15.

Beliau tidak menamakan mana-mana parti, namun menyatakan kesanggupan pihaknya untuk mengadakan kerjasama demi menyelamatkan negara daripada pemerintahan Umno. FMT

Muhyiddin sedia bekerjasama dengan Mahathir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker