Perpecahan orang Melayu, Sultan Selangor zahirkan kebimbangan

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan sekiranya perpecahan dibiarkan berterusan akibat fahaman politik akan membuatkan umat Islam khususnya Melayu akan terus lemah di negara ini.

Sultan Sharafuddin turut menegaskan adalah tidak mustahil Melayu akan hilang kuasa memerintah negara malah akan menjadi satu bangsa yang mundur dan terpinggir di negara sendiri.

Tegas baginda, peristiwa yang berlaku di beberapa negara Islam terutamanya di Timur Tengah dan sejarah keruntuhan Kerajaan Melayu Melaka boleh diambil iktibar serta tauladan.



“Ini bagi menunjukkan bahawa sesebuah kerajaan yang hebat juga boleh runtuh akibat perpecahan dan permusuhan dalam kalangan umat Islam.

“Malah, apa yang dapat kita lihat sekarang ini adalah orang Melayu telah berpecah kepada banyak golongan kerana perbezaan fahaman politik walaupun pada asasnya parti-parti politik tersebut mempunyai matlamat yang sama iaitu mendaulatkan Islam dan mempertahankan hak-hak serta kepentingan orang Melayu,”,” titah baginda ketika merasmikan Masjid Al-Ma’arufiah Kampung Parit Baru, Sungai Air Tawar, hari ini.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 478 asnaf, fakir, miskin dan mualaf dan berbuka puasa bersama rakyat jelata.

Jelas baginda selaku Ketua Agama Islam di Selangor amat mengambil berat tentang hubungan persaudaraan di antara sesama umat Islam.



Sehubungan itu, Sultan Sharafuddin menasihatkan semua rakyat negeri ini agar sentiasa mengelakkan dari sebarang sengketa dan permusuhan sesama sendiri.

Dalam perkembangan berlainan, Sultan Sharafuddin mengingatkan rakyat Selangor agar dapat menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi bagi memilih pemimpin yang amanah, bertanggung jawab dan tidak mengamalkan rasuah pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Semua pihak juga diingatkan agar tidak menggunakan agama bagi tujuan politik kepartian dan hendaklah berkempen dengan beretika serta dalam batas undang-undang sedia ada.

“Beta yakin sekiranya kempen dilakukan secara berhemah, rakyat akan menghormati orang-orang politik dan parti-parti politik yang bertanding serta berupaya memilih sebuah kerajaan yang bertanggungjawab demi kelangsungan kehidupan masyarakat di Selangor,” titahnya



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)



Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker