Curi motosikal di kampung boleh didakwa, takkan orang tua curi berbilion tak boleh?

Anwar hairan ramai pertahankan golongan ‘maha kaya’

Curi motosikal di kampung boleh didakwa, takkan orang tua curi berbilion tak boleh?

Perdana Menteri kesal apabila ramai yang mempertahankan tindakan kerajaan terhadap golongan ‘maha kaya’ yang merompak kekayaan negara sehingga berbilion ringgit.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sedangkan tindakan sama juga dilakukan kepada golongan bawahan tanpa mengira kedudukan dan pangkat.

“Tetapi bila ada tindakan (terhadap perompak duit negara) ramai yang mengeluh dan tindakan itu kadang-kadang terkena pada golongan yang ‘maha kaya’ yang telah mengumpul kekayaan berbilion ringgit.

“Masih ada yang pertahankan (ini) saya rasa aneh kerana orang itu kononnya sudah tua atau kes dah lama, tak kira sama ada berbilion ringgit (telah) diambil.

“Polis (pangkat) sarjan kalau ditangkap ambil RM500 didakwa, di kampung kalau curi motosikal didakwa dan dipenjara, tapi bila kita ambil tindakan pada golongan perasuah besar negara itu timbul kenyataan, mengapa dendam mengapa zalim, mengapa tak mengira umur, (ini) saya aneh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC), Ayer Keroh, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau mahu memberi satu mesej yang jelas walaupun disergah dan disinggung, ia tidak akan menghalangnya untuk bertindak terhadap golongan perasuah.

“Biar kita bagi bagi mesej yang jelas pada negara ini dan pimpinan kini serta akan datang supaya gunakan kebijaksaan dan kuasa sebaiknya.

“Sebaik sahaja kamu (perasuah) punggah kekayaan negeri untuk kepentingan peribadi atau keluarga, kami (kerajaan) tetap bertindak, tangkap dan dakwa kamu,” katanya.

Tambah Anwar, beliau percaya dengan peranan badan penguatkuasaan, termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya bangga dengan ketegasan mereka bertindak profesional terhadap golongan yang telah diketahui merompak kekayaan berpuluh bilion dari negara ini.

“Kita sekarang mengeluh hutang terkumpul mencecah hampir RM1.5 trilion, mahu belanja sewenang-wenangnya (dianggap) tidak bertanggungjawab, mahu cermat takut menjejaskan bidang pendidikan, penduduk miskin, kesihatan dan lain-lain,” katanya.

Curi motosikal di kampung boleh didakwa, takkan orang tua curi berbilion tak boleh?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab

Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker