Banyak mana sayur dan buah patut anda makan sehari?

Banyak mana sayur dan buah patut anda makan sehari?

Sayur-sayuran dan buah- buahan mengandungi vitamin yang diperlukan tubuh manusia. Oleh itu, dalam masa sehari kita digalakkan mengambil lima hidangan buah- buahan dan sayur-sayuran.

Sayuran segar dan buah-buahan mengandungi fiber, air, vitamin, mineral dan serat yang tinggi. Ia juga mengandungi antioksidan yang menjadi pelindung sel-sel badan daripada serangan penyakit jantung dan kanser. Buah juga bagus digunakan sebagai makanan penurun berat badan.

Di bawah ini disertakan petunjuk mudah bagi anda mengira sendiri hidangan yang patut anda ambil dalam sehari.

BUAH-BUAHAN


Beri termasuklah strawberi, kranberi, beri hitam, beri biru dan rasberi. Satu bahagian hidangan ini adalah sebesar tapak tangan ataupun tiga sudu makan.

Buah bersaiz besar seperti tembikai dan nanas pula satu hidangannya bersamaan sepotong tembikai atau nanas yang dipotong tiga inci ataupun apabila dihancurkan, cukup muat dalam sebesar tapak tangan.

Lain-lain buah-buahan segar termasuk buah pic, oren, epal dan pisang. Satu hidangannya adalah bersamaan saiz buah yang sederhana.

Buah kering termasuk aprikot, mangga, kismis dan anggur kering, satu hidangannya bersamaan sebesar tapak tangan.

SAYURAN


Setiap satu sayuran segar bersamaan dengan satu hidangan. Sayuran itu adalah lima pucuk asparagus, tiga inci timun, satu tapak tangan kubis bulat, seulas bawang, dua biji ubi, lapan kubis bunga kecil dan lapan kubis brussels.

Sayuran kecil pula terdiri daripada jagung dan kacang. Satu hidangannya bersamaan tiga sudu makan. Salad pula yang dibuat dengan pelbagai sayuran hijaunya bersamaan satu hidangan.

Tomato juga termasuk dalam kategori buah dan sayuran. Satu hidangannya bersamaan tiga biji tomato segar atau lapan biji tomato kecil.

Kentang pula tidak dikira sebagai sayuran segar kerana ia termasuk dalam kategori makanan karbohidrat. Sebaliknya, keledek, sengkuang dan labu manis mengandungi zat makanan yang mana setiap tiga inci buahnya bersamaan satu hidangan.

PILIHAN LAIN

Jus

Mulakan hari anda dengan 250 ml jus buah- buahan setiap hari. Jus buah segar tanpa gula adalah lebih baik berbanding air buah yang menggunakan pewarna. Air buah ini elok kerana kalorinya rendah daripada segi fiber.

Kekacang

Kacang pis, bendi atau kacang dalam tin juga dikira sebagai hidangan yang perlu diambil setiap hari. Jika anda me- ngambil kacang dalam tin, maka anda digalakkan untuk memilih hidangan yang kurang mengandungi gula dan garam. Utv

Banyak mana sayur dan buah patut anda makan sehari?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker