Pelajar tingkatan tiga maut, rakan parah motosikal terbabas


Tangkap layar gambar kejadian seorang pelajar maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang ditunggang terbabas di Jalan Lebuh Bertam Perdana. Pix kredit Info Kepala Batas.

SEBERANG PERAI – Seorang pelajar tingkatan tiga maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang ditunggang terbabas di Jalan Lebuh Bertam Perdana di sini petang tadi.

Kedua-dua mangsa berusia 13 dan 15 tahun itu merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bertam Indah di Kepala Batas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, penunggang yang maut bersama rakannya yang berusia 13 tahun ketika itu dalam perjalanan dari arah Bertam Pinggiran menghala ke Bertam Perdana kira-kira pukul 3 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggangi mangsa telah hilang kawalan menyebabkan terbabas ke kanan jalan dan melanggar pembahagi jalan.



“Penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala manakala rakannya hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke hospital sama untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?



Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker